Semasa ia
dilancarkan, Youtube menjadi satu fenomena baharu yang ‘took the world by storm’. Pengaruh dan kesan laman web pengehosan video
ini mencapah dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia seluruh dunia.
Anak saya
yang berusia 10 tahun tahu mengenai pelbagai nama misteri Segitiga Bermuda
bukanlah daripada saya atau guru-gurunya tetapi melalui video yang ditonton di
Youtube.
Saya sendiri
menonton Youtube bagi mendapatkan motivasi selain idea.
Body Coach
adalah salah satu channel yang saya ikuti memandangkan saya sedang dalam proses
transformasi tubuh badan daripada gemuk kepada sihat.
Channel
Body Coach ini menyediakan banyak video senaman yang boleh dilakukan di mana
sahaja dan oleh sesiapa sahaja, daripada yang baru mengorak langkah dalam
perihal senaman kepada yang sudah mahir.
Banyak
rutin senaman harian saya ambil dari perkongsian Coach Joe Wicks ini.
Selain Body
Coach, saya tidak mengikuti mana-mana channel Youtube yang spesifik cumanya
apabila saya memerlukan motivasi untuk semangat yang semakin lemau, tidak
kiralah dalam proses mengurangkan berat badan atau kehidupan secara amnya, saya
akan mencari video-video transformasi orang lain untuk ditonton, selain video episod-episod
dari rancangan komedi ‘Friends’, ‘Big Bang Theory’ dan ‘Whose Line Is It Anyway’
yang dimuatnaik oleh para peminat rancangan-rancangan ini.
Bagi mereka
yang cuba mengurangkan berat badan, stres adalah satu perkara yang berbahaya
bukan sahaja kepada kesihatan rohaniah tetapi juga boleh mempengaruhi cepat
atau lambat penurunan berat badan.
Video-video
yang dimuatnaik di dalam platform Youtube ini boleh melegakan stres yang saya
alami dari semasa ke semasa.
#augustblogpostchallenge
No comments:
Post a Comment