Sunday, February 9, 2014
Beginikah aku nanti?
Esok-esok pun akan beginikah perangaiku?
Kerana aku ibu yang melahirkan dan bersusah-payah membesarkan aku boleh berkata sesuka hati kepada anakku, walaupun aku tahu itu pasti mengguris perasaannya.
Kerana aku ibu yang melahirkan dan bersusah-payah membesarkan aku mempunyai hak yang nyata untuk menentukan dengan siapa dia patut bergaul, kerjaya apa yang dia patut lakukan?
Kerana aku ibu yang melahirkan dan bersusah-payah membesarkan maka Allah tidak akan murka kepadaku walau apa pun yang aku katakan dan lakukan terhadap anakku?
Kerana aku ibu yang melahirkan dan bersusah-payah membesarkan aku sudah semestinya dapat berlaku adil dan saksama dalam memberikan layanan yang sama rata kepada anak-anakku?
Kerana aku ibu yang melahirkan dan bersusah-payah membesarkan aku boleh mengugut emosinya dengan berkata 'Kalau Mama menyusahkan, Ilham hantarlah Mama ke rumah orang-orang tua' apabila dia mula mengeluarkan hujah bagi mempertahankan dirinya yang untuk sekian kalinya disalahertikan?
Beginikah aku nanti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment